Sekarang dah jadi fenomena, ramai blogger telah melanggar etika sebagai seorang penulis blog. Dalam entry yang lepas, aku ada tulis bukan senang nak menjadi penulis blog. Sebenarnya, tak ada pon kod etika ataupun peraturan dalam blogging tapi macam orang kata la, pandai – pandaila fikir apa yang tak boleh buat dan perkara yang boleh kita buat.
Nasib baiklah kerajaan tak buat satu kod etika dan peraturan bagi penulis blog tapi kita kena ingat Malaysia ada akta berkaitan jenayah siber, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Cukup berkaitan dengan akta tersebut, terdapat pelbagai perkara yang tidak disukai dilakukan oleh penulis blog iaitu :
1 – Plagiat

Masalah utama dalam alam maya, kita dapat lihat pelbagai aktiviti peniruan yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Tak salah sebenarnya dalam berkongsi maklumat, kita dialu – alukan lagi hendak menyebarkan ilmu dan lain – lain lagi tapi hendaklah dengan cara yang betul.
Penyebaran maklumat akan menjadi “kesah” apabila si penulis tersebut telah menjadikan sebuah sumber yang diambil seperti hak sendiri tanpa meletakkan kredit ataupun sumber artikel yang diambil. Apabila si penulis baru meletakkan sumber ataupun kredit dibawah postingan yang diletakkan, si penulis asal akan berasa dihargai dan dihormati kerana karya mereka digunakan diblog lain dan pautan ke sumber asal yang diletakkan tersebut akan dapat menyumbang trafik kepada si penulis asal.
2 – Pencurian bandwitdh

Biasalah, apabila artikel dan posting diambil tanpa izin, ada sesetengah si plagiat tidak bertanggungjawab menggunakan gambar pada postingan asal dan menyebabkan gambar yang digunakan tersebut memberi kesan yang buruk kepada pemilik asal. Bab ini, blog yang telah manjadi mangsa curi bandwitdh baru – baru ini ialah Oh Malaysia!.com dengan blogKujie2.com. Kalau nak tahu bertapa seksanya berblogging dengan bandwitdh yang tenat, tanyala depa.
Kalau si plagiat tersebut mengupload gambar asal di tempat lain, pasti perkara kehabisan bandwitdh tidak akan berlaku dan tak lah menyumbang kepada kemarahan penulis blog tersebut. Nak jadi pencuri pon, ingat ingatlah sama. OK?
Masalah ini kerap terjadi pada blog yang menggunakan hosting sendiri. Nak cabaran berblogging? Pasang sebuah blog menggunakan hosting sendiri, ok?
3 – Pencemuhan, menjatuhkan maruah seseorang 

Ada juga blogger menjadikan blog mereka sebagai medium untuk memalukan dan juga menjatuhkan martabat orang lain. Jangan la macamtu, gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan kemarahan anda tu. Kalau nak tulis sekalipun, pastikan ia berlapik dan tak terus pada point.
Jangan jadi orang yang tak adil dalam menghukum seseorang. Berdosa besar wei kalau kita buat khianat pada orang lain. Baik selesaikan dengan cara yang berhemah, blog bukan cara penyelesaiannya!
4 – Penipuan dan fitnah

Bab ni paling aku benci. Tak patut menggunakan platform blog yang suci dan murni ini sebagai medium untuk menyebarkan fitnah. Point ni sama la seperti pencemuhan diatas tu tapi ia lebih berat dari itu. Syukurlah Malaysia tak buat sekatan kandungan internet dan juga mengadakan undang – undang yang ketat. Kalau tidak, aku rasa banyak penulis blog yang tulis berkaitan fitnah ringan – ringan kena tangkap.
Jadikan kes Aduka Taruna dan banyak kes lagi sebagai pengajaran untuk kita dan panduan untuk berblogging. Hormat menghormati antara satu sama lain untuk bersaing secara sihat dalam dunia maya.
Apa – apa pun ini hanya perkongsian idea aku dalam dunia internet. Tak semua orang tahu dan dapat fikir waras pasal blogging ni. Masing – masing ada pendapat sendiri. Care to share di ruangan komen dibawah. Yang penting sekali, akuberblogging bukan untuk popular.
Post ini dicopy Hidup2 sbb menjawab sedikit sebanyak persoalan aku tentang etika berblogging di Mesia nih!
sumber:luthtextile.com
3 kutukan:
yeahh.. betol tuh.. sendiri dh besar, dh tau mana baik mana buruk.. fikir2 lah.. ^_^
p/s: ha3~ i can understand what are u trying to say..
btw, what i mean is i like ur style.. xkejar follower.. keen suke org camtu.. blogging sbb suka, nk kwn.. bukn jd follower hantu, pas follow, zuppp~, ilang~~ tehehehehe~
oh ye~ kita sama je.. keen pon baru nk tau asam garam dunia blog.. kita sama2 masih bljr, kn?? ^_^
thanks for ur sincere comment.. really appreciate it. i will say thing bout u in my next post. really =)
ehhh..?? xperlu la.. segan la keen.. xpe la.. keen ckp2 sbg kwn je.. huk3~ =.=
Post a Comment