Saban hari makin muak dengan kerenah ahli politik Mesia. Tiap kali selak The Star, tiap kali lawat portal Berita Harian,tiap kali tgk tv3, semua pasal politik.maybe tanda-tanda pilihanraya dah makin hampir? Tolong lah, politik Mesia da cukup menggelikan, orang-orang tua yang duduk di parlimen begitu memualkan dengan perangai-perangai kebudakan, semuanya seperti tidak dapat berfikir dan bertindak dengan matang, justeru aku seringkali terfikir, apabila menjadi ahli politik, segala keburukan akan terdedah, samada dari perilaku tuan punye body, atau pun dari serangan peribadi dari pihak lawan, yang sengaja menyelongkar sejarah dan bahan-bahan yang dapat menjatuhkan air muka lawan masing-masing.dan bile pihak lawan seolah-olah kalah, mereka seperti puas, gembira kerana menang(dari segi moral?)
dalam post pendek ni, aku cube jaga bahasa aku, jaga arah tuju post ni, supaya tidak bias kepada mana-mana pihak.dan aku cube menjadi wakil kepada suara-suara kecil rakyat malaysia. lagipn, aku xnk semangat je lebih, sebab blog kerdil aku ni, tak ada fungsi pn menimbulkan kontroversi atau provokasi.
aku, seorang rakyat malaysia, mengaku, tidak langsung tertarik untuk mengundi di pilihan raya akan datang, kerana aku salah seorang dari rakyat malaysia yang penakut untuk membuat perubahan, yang hanya berdiri di atas pagar, yang hanya menurut apa yang majoriti mahukan. salahkan la aku, salahkan la rakyat malaysia yang berfikiran seperti aku, tetapi, betulkah orang-orang macam kami je patut dipersalahkan?
tidak pernah ke pihak-pihak yang sibuk menyeru rakyat keluar mengundi, fikir apa yang membuatkan kami langsung tidak berminat untuk mengundi?
aku cube senaraikan serba sedikit sebab-sebab aku tidak berminat langsung dengan politik( dan ini hanya pendapat peribadi aku,dan tidak mewakili mana-mana pihak)
1.sifat sesetengah ahli politik yang gila kuasa secara terang-terangan tetapi masih lagi menafikan
2.media massa puak A sibuk menghentam puak B, dan begitulah sebaliknya.mana hak kami untuk mengetahui berita sebenar, berita yang telus, berita yang betul2 sahih?
3.apabila seseorang ahli politik menang, apakah jasa nya kepada penduduk setempat? bina bangunan, jalan, sekolah? bila mahu mengundi baru muncul muka, terpampang kat muka depan surat khabar kononnya membantu golongan kurang upaya, golongan miskin tegar? kami sudah muak. tidak kira samada kerajaan atau pembangkang , trend ini sangat-sangat ketinggalan zaman, dan kami kaum muda bukan bodoh, kami diberi pelajaran, kami diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi yang mungkin, tetapi kenapa kami diperbodohkan seolah-olah kami ni hanya budak-budak berhingus yang tinggal kt bwh jambatan?
4.berita-berita politik disensasikan, tetapi berita-berita yang bermanfaat dimansuhkan, malah hanya diberi satu column kecik je?
5.ahli politik hanya mengeluarkan kata-kata yang berbaurkan kepentingan diri dan parti masing-masing , tanpa memikirkan hukum agama, dan kepentingan rakyat.
ntah la, aku pn malas nk fikir lebih-lebih, ikhlasnye aku nk tekankan kt sini, aku xkesah kalau orang tu kena jolok ke, suke menjolok ke, suke berjoli ke, xnk pakai tudung ke, tapi kalau die dapat mentadbir kawasan die dengan jujur, pentingkan rakyat, xsuke bukak keburukan orang lain, itu da cukup meyakinkan aku, itu la ahli politik terbaik yang dapat dilahirkan pada akhir zaman ni. aku xharap lebih, sbb nk cari pemimpin yang betul-betul berjiwa islam, mmg sudah susah. sedangkan mengaku parti islam, tetapi sering melanggar prinsip, bermulut hudoh, perangai sama je ngan wakil rakyat yang merosakkan bangsa, kami akan ckp xnk!
kalau lah, post aku ni dapat membuka mata sape-sape walaupun seorang, aku da ckup bersyukur. sebab blog aku ini hanya blog cikai,blog yang tak akan mencetus gelombang tsunami
yang ikhlas dari aku,
nakha
p/s: angan-angan kosong kepada mencetus politik bersih di Mesia.
Roblox Apocalypse Rising Hack Tool : ROBLOX NEW APOCALYPSE RISING HACK
(DMX) CRACKED WORKING AUGUST - Games to roblox anthro roblox memes apache
160 new model 2018 price in bangladesh apocalypse rising roblox item ids
assassin roblox knife value list.
-
*Roblox Apocalypse Rising Hack Tool : ROBLOX NEW APOCALYPSE RISING HACK
(DMX) CRACKED WORKING AUGUST - Games to roblox anthro roblox memes apache
160 ne...
0 kutukan:
Post a Comment